Sedikit info tentang spider plant ya.. Nama scientific nya ialah Chlorophytum comosum ada 2 jenis. Jenis yang pertama ialah 'Vittatum' berdaun tirus dan bewarna hijau cair serta mempunyai line putih. Jenis yang kedua pula ialah 'Variegatum' berdaun lebar dan bewarna hijau gelap serta mempunyai line putih. Spider plant adalah antara 10 jenis pokok yang boleh membersihkan udara sekeliling dari gas-gas yang merbahaya kepada manusia. Berikut adalah cara-cara membiakkan Spider plant.
1. Sediakan peralatan yang diperlukan seperti gunting, watering pot, planting pot, tissue dan tanah.
2. Alaskan Pasu dengan sehelai tisu muka untuk mengelakkan tanah terkeluar semula dari salur pengairan.. Kita gunakan tisu muka sebab it offer pengaliran yang baik selain daripada dapat mengekalkan kelembapan tanah.
3. Isikan Pasu dengan tanah yang mencukupi.. tanah perlu di isi cukup sekadar sehingga line pasu sahaja.. tak perlu isi terlalu banyak.. dan ketika mengisi tanah.. Cik Jah perlu tapkan pasu itu beberapa kali bagi memastikan tanah mengisi setiap ruang pasu dengan baik..
Sedikit tip untuk Cik Jah untuk mempercepatkan proses percambahan Cik Jah perlu pilih medium yang bersesuaian contohnya macam medium tanah kita mengunakan, ianya adalah tanah campuran 5 in 1 brand BABA yang boleh di beli dari Aeon Big Mid valley haganya cuma RM4.50 shj.. tanah ini sesuai digunakan untuk semaian pokok baru dan juga pokok gantung sebab medium ini ringgan..4. Potong bahagian tangkai pada setiap anak spider plant.. Perlu kita ingatkan pada Cik Jah semua.. sebelum you alls nak potong tu.. perhatikan pada bahagian bawah pucuk dan pastikan ianya sudah mempunyai tunas akar.. jika belum bertunas akar.. anak spider tadi belum bersedia untuk dipisahkan dari pokok induk walaupun size anak pokok tadi dah cukup besar...
Hari ini kita dapat 2 anak spider yang sihat and dah bersedia untuk di biakkan
4. Next.. simply pushkan baby spider dalam medium.. pastikan Cik Jah tekan dengan mengunakan batang lebihan dan bukan dari bahagian tengah anak pokok.. ini bagi memastikan anak pokok tak rosak kesan dari tekanan tadi.. Anak spider plant sangat sensitive dan mudah rosak.. So kena gentle sikit ya..
5. Akhir sekali.. siramkan sedikit air dan letakkan pot ni di tempat yang mendapat semi-sunlight.. jangan letak pada direct sun-light sebab baby spider baru nak belajar hidup independent.. so direct sun light hanya akan menyebabkan baby spider cepat mati. Biarkan dalam tempoh seminggu lebih baru boleh letakkan dibahagian direct sunlight.. Ini kerana spider plant sangat suka pada direct sunlight..
Dah selesai propagate kan baby spider.. senang je kan.. erm.. x sabar rasanya nak tunggu anak-anak pokok ni besar.. bila dah agak besar sikit kita akan alihkan ke dalam pasu yang sama macam induk yang asal.. Hai.. macam ni.. nampaknya kena ke IKEA lagi lah jawabnya.. Ok lah.. Cik Jah.. see you.. on next post..