Monday 24 February 2014

KEPENTINGAN POKOK DIRUMAH

Assalammualaikun Cik Jah semua, harap cik jah sihat2 belaka ya. Kebelakangan ini kite memang selalu cari info tentang pokok yang sesuai utk ditanam di balcony rumah kita. Nama pun Balcony jadi cara penanaman dan jenis pokok jugak perlu diambil kira supaya pokok yang ditanam sihat. Apa pun ramai jugak kawan2 yang cakap duduk apartment ni x payah tanam pokok banyak2 sebab ruangan sempit.


Tapi pada kita, kat apartment lah kita kena cari jalan utk hijaukan ruangan yang ada. Cuba Cik Jah pikirkan semula ya... KENAPA??? dinegara2 barat kebanyakan Mat Salleh akan berusaha bercucuk tanam. Biarpun ruangan mereka terhad.. Kadang2 tu cukup sekadar bercucuk tanam di tepi tingkap dek kerana x ada ruang.


Tapi kita di Malaysia, banyak memandang remeh pada kebaikan bercucuk tanam, apa lagi yang duduk dibandar2 besar. Kebanyakannya bagi alasan.. BUSY.. and X DE RUANG.. Sedangakan itu semua boleh diatasi dengan peralatan kebun pada masa kini yang banyak memberi pilihan bagi mereka yang tidak mempunyai ruang untuk bertani atau berkebun.


Cik Jah tahu tak kenapa perlunya ada pokok2 di apartment Cik Jah.. Ok... ini ada few research info yang kita dapat, menerangkan kepentingan pokok2 di rumah.

1. En. Adnan Mohamad dalam buku Perhutanan dan Alam Sekitar, menyatakan kajian yang dibuat di kawasan yang ditanam beberapa batang pokok disekitar Kuala Lumpur  mempunyai suhu persekitaran antara 2 hinga 5 darjah lebih rendah berbanding kawasan tidak berpokok.

2. Kajian menunjukan dengan penanaman pokok dapat meningkatkan kadar penghasilan oksigen.  Pokok Lidah Jin atau sansevieria menghasilkan oksigen pada waktu malam dan boleh ditanam didalam rumah. Ia juga diberi jolokan penawar sindrom bangunan sakit.


3. Menurut kajian daripada kupulan penyelidik NASA dan Associate Landscape Contractor of America (Alca) terdapat 11 jenis pokok yang mampu membersihkan gas BERBAHAYA yang selalu berada di persekitaran rumah tanpa kita sedari. Gas2 ini boleh ditemui dalam cat, penyembur minyak Wangi, sabun pencuci dan sebagainya. Gas2 tersebut ialah toluena, xilena, etil asetat, aseton, kloroform, benzena, trichloroethylene dan formaldehid. Gas2 ini boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, gatal kulit dan paling serius, kanser!

Berikut adalah jenis pokok yang mampu membersihkan udara.

a. CHLOROPHYTUM COMOSUM atau SPIDER PLANT


b. SCINDAPSUS atau DEVILS IVY


c. NEPHROLEPIS EXALTATA atau SWORD FERN


d. SYNGONIUM PODOPHYLLUM atau AROWHEAD


e. CHAMAEDOREA ELEGANS atau PARLOUR PALM


f. SPATHIPHYLLUM CUPIDO atau PEACE LILY


g. PHILODENDRON IMPERIAL RED


h. ASPARAGUS SETACEUS atau FERNY ASPARAGUS


i. DRACAENA FRAGRANS


j. GINSENG FICUS atau TAIWAN FICUS

k. LIDAH JIN atau SANSEVIERIA

Dan insyaallah... koleksi pokok2 ini akan lengkap bulan hadapan untuk fasa pertama deco plant di balcony garden. Dalam masa yang sama jugak kita tengah merancang kebun herba bagi fasa ke2 balcony garden kita. Mudah2han impian kita utuk menghijaukan taman kecil kita tercapai... doa2kan lah ye Cik Jah..