Thursday 17 July 2014

TASKA & TADIKA TEMANKU MENARA PJD; Sama tapi tak serupa..

Assalammualaikum.. to all kakak-kakak and adik2.. Lama jugak kita menghilangkan. Maaf terlalu banyak urusan yang tak dapat di elakkan. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah baby malang yang di hantar di tempat yang sama dengan anak dara kita belajar. Ditaska & Tadika Temanku menara PJD. CIK JAH BOLEH BACA DI SINI . Bila baca kisah kakak tu and apa yang berlaku pada baby dia, kita turut rasa simpati and at the same time tertanya-tanya tentang kebenaran kisah yang di ceritakan. Bukan kita tak percaya dengan aduan yang ditulis tapi cuma rasa inggin tahu tu membuatkan kita investigate sendiri pada pekerja di situ.

Sedikit info berkenaan kejadian yang menimpa baby kakak ini ya.. baby kakak ni dikatakan dianiaya dan difhamkan pengasuh tersebut meletakkan mitten (sarung tangan baby) didalam pampers baby and di bahagian hadapan pampers tersebut tertulis perkataan AMMAR PIG (Ammar nama baby tu) Seriously bila baca and lihat gambar tu.. kita turut terasa sakit hati.. bayangkan jika baby Cik Jah yang diperkatakan sedemikian rupa.. (refer gambar di bawah)
 
Serta-merta kita rasa terpanggil untuk mendapatkan gambaran penuh tentang kisah yang menimpa baby Ammar. Kemarin sebelum ambil anak di Tadika..Kita bertanyakan kisah ini pada kakak di pejabat pengurusan (below perbualan kita dan kak ani)
 
 
Kita: Apa yang dah jadi sebenarnya pada baby tu? Kenapa sampai macam tu sekali?
Kak Ani: Sebenarnya Akak pun tak berapa pasti tentang perbuatan memasukkan sarung tanggan baby dan tulisan pada pampers baby tu. Sekarang ini pengetua kita En. Hussin sedang lakukan siasatan, mungkin dia akan periksa cctv. Kalau betul pekerja kita buat perangai macam tu.. kita memang tak akan teragak-agak untuk buangkan dia.

Kita: Tapikan kak.. Mak baby tu kata pihak taska tak bagi susu secukupnya dan panaskan susu tu sampai terlalu panas.. betul ke?
Kak Ani: Pasal baby tak di beri susu tu x betul dik.. Sepanjang baby tu ada disini selama 4 hari kita memang dah berusaha bagi susu pada dia.. Tapi baby agak susah untuk menerima.. Kadang-kadang sampai Cikgu-cikgu dari tadika tolong cuba susukan baby tu sebab kesian pada Cikgu Taska yang tak boleh pujuk baby tu untuk menyusu. Pasl susu terlalu panas.. akak dah tegur Cikgu taska tu.. tapi biasa lah dik.. manusia takkan terlepas buat silap.

Selepas itu perbualan kita dan Kak Ani berhenti sampai disitu sahaja sebab nya tiba-tiba telephone di office dia berbunyi. Kita pun beredar untuk menjemput anak dara kita dikelas.

Bila kita katakan SAMA TAPI TAK SERUPA sebabnya walaupun Taska & Tadika diuruskan orang yang sama tapi based on my own observation, Kanak-Kanak tadika dilayan dengan lebih baik compare to kanak-kanak di taska. Sebabnya mungkin kanak-kanak di tadika lebih mudah di kawal berbanding kanak-kanak bawah 4 tahun. Contohnya didalam satu kelas tadika ada 25 orang murid and dijaga oleh 3 orang cikgu.

Tetapi  seorang cikgu ditaska terpaksa kendalikan 8 orang kanak-kanak berumur 2 ke 3 tahun. Manakala seorang cikgu terpaksa melayan baby 3 ke 4 orang dalam satu masa. Bayangkan stress level yang terpaksa ditanggung. On top of that kanak-kanak bawah 3 tahun perlukan perhatian khusus. Seperti keselamatan and kebersihan sebabnya depa x pandai ke toilet sendiri. So tak hairanlah kalau ada parents yang jemput anak dengan pampers tak bertukar atau berak masih dipunggung sebabnya cikgu2 tak menang tangan nak layan.

Suasana di Menara PJD lebih sesuai dijadika tadika sahaja compare to taska. Sebabnya, centralized aircond yang sangat sejuk.. memang tak sesuai untuk babies. Setiap pagi babies and kanak-kanak taska akan dimandikan. Walaupun depa pakai air panas still x boleh lawan sejuk aircond tu.. Kesian tengok budak2 and babies2 menagis kesejukan.

SATU JE NASIHAT KITA TO ALL CIK JAH...Parents sebenarnya boleh nilai sendiri keadaan kawasan, persekitaran and keselamatan sebelum hantar anak ke sesebuah tempat jagaan. Taska & Tadika Temanku di Menara PJD lebih sesuai dijadikan tadika sepenuhnya. Even anak kita dah berumur 4 tahun lebih and belajar ditadika, kita tengok keadaan sekeliling and kita sit down dalam kelas belajar selama 2 hari sebelum decide hantar anak dara kita disana. Inikan pula babies.. parents KENA AMBIL KIRA 4 PERKARA NI SEBELUM HANTAR ANAK KE SESEBUAH PUSAT JAGAAN

1. Satu orang pengasuh hanya boleh kawal maximum 2 orang babies and 3 toddler (2 ke 6 tahun)
2. Kebersihan kawasan-periksa tempat tidur baby, TANDAS and tempat makan.
3. Keselamatan kawasan- pastikan tempat baby tidur, bermain atau berlegar tak ada pekakas elektrik mudah dicapai.. wayar-wayar  yang memungkinkan masaalah kemalangan lain.
4. Keselesaan- Pastikan tempat asuhan selesa.. x terlalu panas atau sejuk.. sentiasa kemas dan teratur.. Jumlah kanak-kanak didalam sesebuah tempat pun tidak boleh terlalu ramai.

PALING PENTING.. selepas hantar anak ketempat tersebut.. rajin2 buat sport check ya.. Anak you alls so itu tanggungjawab you alls juga.. Jangan anggap bila anak dah diletakkan di pusat jagaan.. you alls assume semuanya akan selamat.. SIKAP macam ni lah yang memungkinkan berlaku perkara yang tak diinggini.. SO kena lebih berhati-hati..

Pokok pangkalnya.. IBU BAPA kena lebih perihatin.. tanggugjawab membesarkan anak-anak memang rumit tambahan pulak bagi parents yang bekerja.. pilih lah tempat jagaan yang betul.. x semestinya tempat yang tak ada sijil  JKM x bagus.. apa yang penting.. keselamatan & kebajikan anak2 yang perlu diutamakan.