Wednesday 7 May 2014

KLINIK GIGI KERAJAAN

Assalammualaikum Cik Jah semua.. baca tajuk entri ni.. cam seram je kan.. Ramai Cik Jah- Cik Jah kat luar sana tu dok terbayang-baying service x memuaskan bila sebut institusi perubatan kerajaan.. Tapi entah lah.. kita rasa terpanggil untuk bagi gambaran sebenar pada andaian dan bayangan yang kurang baik ni..

Anak dara kita mempunyai masaalah gigi berlubang.. dek kerana.. hari-hari makan ice cream and chocolate.. Dah tu x rajin gosok gigi (kat sini... kita pun rasa sanggat menyesal sebab terlalu memanjakan anak sampai mengikut aja kehendaknya) akhirnya gigi yang cantik.. mula terhakis and berlubang.. Apa yang lagi teruk.. dek kerana,.. sakitnya gigi yang berlubang tu... sampai demam-demam anak dara kita... Langsung x nak makan atau minum... Bila waktu malam menagis sakit gigi...

Kita x pikir panjang..keesokanya tu.. kita terus google.. Klinik pergigian yang terdekat dengan rumah.. Memang banyak.. ada juga klinik yang pernah dikunjungi MIL kita... dia kata klinik yang dia pergi tu bagus walaupun mahal harganya. Cuma sebelum nak datang kena buat appointment... AH... Sudah.. anak dara kita dah kes urgent... Mana boleh.. tangguh-tangguh.. so kebetulan kita ternampak KLINIK PERGIGIAN BANDAR TUN RAZAK.. dalam fikiran kita.. (Ala.. gasak... lah.. dulu masa beranakkan dia (anak dara kita) kat hospital kerajaan jugak...x pulak dapat layanan teruk.. ok je...) So kita pun TERJAH JE LAH KE KLINIK BERKENAAN. Klinik ni betul2 berada di atas KLINIK KESIHATAN BANDAR TUN RAZAK.


Sebelum masuk ke pintu klinik kita akan nampak jadual untuk lawatan pesakit kat klinik ni.. Alhamdulillah kebetulan hari and time kita datang tu.. memang di khaskan untuk pesakit luar.. A.K.A  Pesakit pertama kali datang..

 
Masuk-masuk je terus mendaftar kat kaunter.. macam biasa lah.. depa mintak MyKid and minta kita isi buku rekod untuk anak dara kita.. then baru lah depa bagi no giliran.. and just tunggu untuk dipanggil ke bilik rawatan.. Kat Klinik ni ada 2 bilik rawatan je tapi Doctor ada 2 and staff nurse banyak.. So nombor giliran tu.. bergerak x lah lambat.. Lagi pun orang x de lah ramai sangat..
 
X lama kemudian.. nombor giliran anak dara kita dipanggil.. Kita pun bawa anak dara kita masuk.. tapi masa dipanggil tu cuma staff nurse je yang menjalankan tugas.. Mugkin Doktor tengah sibuk dengan pesakit di bilik satu lagi... Anak dara kita di suruh berbaring atas kerusi... (Cuak jugak kita takut tiba-tiba anak dara kita meragam x nak cek gigi...tapi syukur.. dia steady je..) X lama kemudian doctor masuk and tengok keadaan gigi anak dara kita.. Then dia explain something pada staff nurse..and keluar dari bilik rawatan... Next... staff nurse bagi tahu kita yang gigi anak dara kita perlu ditampal... sebab banyak kesan lubang... Dia pun mulakan kerja menampal...
 
Kata staff nurse tu.. anak dara kita perlu datang sekali lagi untuk tampalan berikutnya.. sebab kata nurse tu gigi anak dara kita banyak lubang.. so kena buat secara berperingkat-peringkat... Habis je tampal sebahagian gigi.. kita pun keluar la.. dari bilik rawatan and terus ke kaunter pendaftaran.. Ingatkan nak buat pembayaran.. Rupanya.. x perlu bayar.. sebab anak dara kita baru 4 tahun.. So rawatan kali ini.. FREE OF CHARGE...
 
Next weeknya, kita datang ke klinik tu lagi untuk sesi tampalan kedua.. Anak dara kita dah excited.. katanya x sabar nak dapat gigi cantik... Mula lah dia berangan-angan nak makan ayam goreng... Ye lah mana tak nya.. masa gigi tengah berlubang teruk hari tu.. makan apa pun x ada selera..sebab tak boleh mengunyah dengan baik.. Kita tunggu x lama.. kejap je nombor kita dipanggil.. Anak dara kita dah perlu disuruh.. dia sendiri naik ke kerusi rawatan.. and terus baring... Staff nurse tu pun happy je.. nak buat kerja..
 
Kali ini.. gigi anak dara kita di tampal and scalling sekali... Rawatan kali ni.. lama sikit.. sebab banyak buat scaling...Tapi kita memang salute pada anak dara kita sebab x banyak ragam.. dia dengar semua arahan staff nurse tu..
 
 
Macam biasa rawatan kali ini pun FREE OF CHARGE juga.. so kat sini.. modal kita cuma duit minyak and masa sahaja.. satu sen pun kita tak keluarkan untuk tanggung kos perubatan anak dara kita.. Alhamdulillah semua gigi dia yang berlubang dah pun ditampal... So after this no more sweet stuff for anak dara kita.. and kita kena bawa dia once every 6 month untuk regular dental visit.
 
 
So secara keseluruhanya.. klinik kerajaan x lah seteruk yang kita and Cik Jah semua bayangkan.. Sebenarnya ok je.. mungkin.. service zaman dulu-dulu yang teruk.. tapi seriously... based on my personal experience.. ok je.. x pulak kena tengking or maki hamun dgn petugas-petugas klinik mahupun hospital kerajaan. Dari segi rawatan pulak.. sama je.. sebabnya.. anak dara kita langsung x meragam atau kata sakit.. so to all Cik Jah.. jangan risau ok... Klinik kerajaan pun dah setanding  klinik swasta... tambahan pulak harga rawatanya murah...
 
Ok lah... till next time.. see you.. on my next post.. XOXOX