Saturday 22 March 2014

LOKAN OH LOKAN

Morning Cik Jah... weekend2 ni.. nak masak apa ya.. ERM.. kita suka makan makanan laut.. dari ikan2 sampai lah benda yang bercengkerang.. macam biasa.. bila dah terjah Aeon Big.. sure kita akan jengah aquarium yang ada kat situ untuk tengok alive seafood apa yang ada.. Entah kenapa.. rasa macam nak try masak Lokan Sweet sour pulak..

apa2cikjah


Ok recipe kali ni mudah je budak umur 10 tahun pun tahu nak buat kot.. tapi sebab kita sayang Cik Jah semua.. kita akan share recipe version kita..



Bahan-bahan seperti di atas:

Bawang merah 1 labu (blend)
Bawang Putih 3 ulas (blend)
Halia 3cm (blend)
Cili mesen
Carrot (sliced)
Celery (sliced)
Daun Limau Purut (dicarik)
Sos Cili
Sos Tiram
Cili api (terpulang ikut tahap kepedasan Cik Jah)
Garam
Gula
Serbuk Perasa (optional*)

And the star ingredient =LOKAN (about 500gram++)



Cara memasaknya mudah sangat:
1. Tumis bahan yang di blend dengan Cili mesen, bila semua bahan dah cukup Wangi.
2. Masukkan Carrot, Celery,Cili Api, Lokan, Sos Tiram, Sos Cili, Daun Limau..Kacau merata..and biarkan masak dengan api sederhana.



3. Bila kulit lokan dah terbuka and air dari lokan dah sejat, baru lah masukkan garam, gula and serbuk perasa. Gaul seketika and matikkan api..

4. Dah siap!!! hidangan simple and sedap.. untuk masakan hari ni.. kita tak letak cili banyak sebabnya  kesian kat anak dara kita... takut kepedasan...




Kalau nak tambah sedap lagi, Cik Jah boleh matching kan recipe ni dengan sotong celup tepung, kalian ikan masin and Ikan stim.. Fuh.. syok makan dengan nasi panas2...