Wednesday 26 March 2014

BABY MELECUR

Salam Cik Jah.. aduhai.. hari ini kita diduga Tuhan, anak bujang kita tersimbah kuah sup panas and disebabkan kejadian tu anak bujang kita 5% and second degree burn.

 
Kejadian ini berlaku di SANY CHAR KOAY TEOW Taman Tasek Titiwangsa. Pada hari tersebut kita dan 9 ahli keluarga yang lain baru balik dari kenduri di Termerloh Pahang. Ketika itu anak bujang kita dipangku oleh ibu mertua kita and kita tengah menikmati makanan yang dipesan. Setelah habis makan, kita minta anak bujang kita dari ibu mertua so that boleh lah ibu mertua kita makan.


Kemudian pelayan restaurant ni datang menghampiri meja kita dengan membawa dua lagi hidangan. Di tangan kiri dia ada koay teow ladhna, masa pelayan tu letakkan koay teow tu.. kita pun tanya family member yang lain, "siapa yang order koay teow ni??" and dalam sibuk2 kita bertanya tu..  kita x perasan yang bila masa entah...dia pergi letak bihun sup panas dihadapan kita and baby. Kalau Cik Jah ditempat kita lah kan, you alls mesti tak ambil perhatian pada food kedua sebab perhatian Cik Jah tengah tertumpu pada nak tahu siapa yang order koay teow tu. And pelayan tu tak tanya pun siapa yang order bihun sup tu.. dia simply letak je depan kita.. on top of that dia tak warn pun kita yang bihun sup tu panas. Kalau dia warn... at least kita perasan pasal bihun sup tu..

Apa yang buat kita sakit hati lagi bila bihun sup yang panas tu diletakkan kurang 4- 5 inci dari hujung meja, mana tak nya kalau tidak macam mana tangan baby yang kecil tu boleh sampai untuk tepuk piring alas mangkuk bihun sup tadi. And seperkara lagi, pelayan tu tak seharusnya longgokkan semua makanan tu dimeja kita sedangkan pada hari berkenaan kami sekeluarga dah cantumkan 3 buah meja and ianya cukup luas untuk letakkan makanan2 yang sampai.

Masa anak bujang kita tertepuk piring alas mangkuk bihun sup tu, kita tengok piring tu mengelongsor ke arah kita sebab meja itu agak condong and kita nampak mangkuk tu melantun ke arah kita. Cepat2 kita lindung muka anak bujang kita dengan lengan sebelah kiri and terus cuba pusing kearah kanan sebab nak elak dari terkena kuah sup panas tu. Tapi disebabkan anak kita pakai baju lengan pendek and tidak bercolar, sebahagian lengan kiri and dada baby terkena juga sup panas tadi.
Apa lagi meraunglah baby kita sekuatnya...


Apa yang menyedihkan kita waktu kejadian tu tak ada seorang pun pekerja tampil untuk mohon maaf dan tak ada seorang pun yang cuba hulurkan bantuan. Pelayan yang bertanggungjawab atas kejadian tu pun tak cuba mohon maaf sebaliknya terus pergi and menyorok ntah kemana-mana. Entahlah..agaknya semua orang di restaurant terbabit dah hilang rasa peri kemanusiaan. Tambah menyakitkan hati kita bila casher tu siap tanya.. "ini bukan atas kecuaian kita kan???" HELLOO.. ANAK AKU DAH SAKIT SEPARUH MATI KAU SIBUK NAK TAHU SALAH SIAPA.. BAWA LAH BABY NI KE HOSPITAL DULU...

Kita and other family member cepat2 ke Hospital PUSRAWI untuk dapatkan first aid .. kemudian kami bekejar je HUKM untuk dapatkan rawatan susulan sebabnya kat PUSRAWI tak ada burn unit and kebetulah HUKM dekat dengan rumah kita. Anak bujang kita ditempatkan di ICU Burn unit, selama 3 hari.


Pada hari ke 2 di hospital, owner restaurant ada call  and kata nak bayar kos rawatan.. (kira nak settle luar court lah) tapi entahlah dah 5 hari berlalu.. tak ada panggilan dari restaurant berkenaan, mungkin dia tidak berminat untuk tanggung kos rawatan anak bujang kita..tapi pada kita.. apa pun kita akan serahkan kes ini pada lawyer untuk buat tindakan susulan.. sebabnya.. kejadian ni berlaku atas kecuaian pihak restaurant sendiri.. kita bukan nak demand bayaran ratus ribu atau juta2 tapi cukup sekadar tanggung kos rawatan and tunjukkan lah sedikit rasa perikemanusiaan and bukan sibuk nak kejar keuntungan semata-mata.


Dan kerana kecuaian pihak restaurant ini lah yang memberi kesan seumur hidup buat anak bujang kita..