Wednesday 24 January 2018

Blog bersawang

Hai lah cik jah dan mak jemah semua.. blog ni memang dh berhabuk dan bersawang. Lama betul kita meninggalkan aktiviti berblogging ni. Sepanjang kita berhenti ni banyak perubahan dlm hidup ni, termasuklah kami berhenti bekerja dan bukak perniagaan cafe secara kecil kecilan tapi nasib x menyebelahi kami business tu pun terpaksa ditutup setelah pelbagai usaha Cuba kami buat untuk memajukan business.


 Jgn terkejut even crew JJCM Jalan-jalan cari makan pun pernah datang ke cafe kami, tapi apa kan daya ekonomi merudum dan kami x mampu nk keep up dgn Kos yg melambung. Dan ditambah pulak dgn kita yg sarat mengandung akhirnya perniagaan tu terpsksa ditamatkan. Alhamdulillah walaupun sekarang hanya bergelar suri rumah dan pejaga kepada 3 org cahaya mata,kami tetap bersyukur sebab masih dapat hidup tenang dgn dikelilingi org tersayang. Kalau dulu duit memang melimpah ruah tapi hari2 kami anak beranak bergaduh ye lh stress gamaknya x tenang  hidup.

Dan untuk kali ini, disebabkan banyak masa terluang, kita nekad akan berblogging semula.. tapi this time cerita biasa2 aja.. about family kita yang serba sederhana. Insyallah kita try istiqomah dlm berblogging this time☺️😂. BTW since kita baru sahaja bersalin and masih dlm pantang maka content pertama adalah berkaitan kelahiran dan berpantang lah ya.. Insyallah content yg lain akan menyusul dlm posting berikutnya.

Oklh jemah2 sekalian.. stay tune for my next new posting insyallah..
xoxo💖💖