Monday, 28 April 2014

COOKING WITH KIDZ

Assalamualaikum Cik Jah.... Alahai.. rindunya kat Cik Jah Semua.. semalam kita terasa rajin untuk masak makanan Negara jiran untuk makan tengah hari and masakan Negara matahari terbit untuk minum petang. Presenting My sunda Bakso... semuanya D.I.Y ok... bila2 kita akan postkan resepinya ya..

Tapi ari ini kita nak share dgn Cik Jah resepi mudah untuk Cik Jah jadikan sebagai aktiviti dengan anak-anak. Kebetulan anak dara kita sibuk nak tolong ibunya masak dari pagi lagi, tapi nak masak bakso.. agak tak sesuai lah anak2 kita nak sentuh daging mentah.. kita x berapa yakin.. akan keselamatannya.. So that's why kita came out with the easiest recipe.. iaitu Chawanmushi.. atau Japanese egg custard. Kita gunakan sedikit sahaja filling, sebab anak kita x suka makan benda2 lain selain crab stick.

Bahan-Bahanya:

1 Biji telur
1 sudu teh granulated dashi
1 sudu teh usukuchi sauce
2 batang crab stick (cik jah boleh tambah udang, shitake, isi ayam, kamaboko tapi inggat kalau ayam n udang jangan lupa sautee dulu, takut nanti x masak sempurna sebab chawanmushi dikukus sekejap sahaja. Tak pasal-pasal nanti sakit perut...)
1 cubit Gula (sebagai ganti kepada mirin & sake.. sebab bahan2 ni x halal)
150 ml air (room tempreture)
20ml hot water


Perkakas yang diperlukan:

1 cooking chopstick
1 cooking napkin
1 steamer disk
1 periuk bertutup
1 skewer
1 tea strainer
1 measurement cup
2 chawanmushi cup (boleh beli di DAISO)

Cara-caranya mudah sahaja, mula-mula diluted kan granulated dashi didalam mangkuk yang berisi 20ml hot water.


Then campurkan usukuchi sauce ke dalam mangkuk yang berisi dashi stock.


Next pecahkan telur tadi di dalam bekas yang berisi air sebanyak 150ml dan kacau sehingga sebati.


Kemudian campurkan dashi stock ke dalam bekas berisi campuran telur dan air.. Kacau lagi. sehingga sebati.


Happy sangat si anak dara dapat di beri peluang untuk buat semua kerja sendiri..



Sementara itu, sediakan periuk untuk proses kukusan pula.


Di bahagian penutup periuk, ikankan kain napkin untuk memastikan air kukusan tidak menitik terus atas chawanmushi.. Kalu tidak permukaan atas chawanmushi x akan rata and akan ada kawah-kawah. So x perfect macam yang dijual di kedai sushi tu..


Panaskan dulu periuk kukusan selama 10 minit dalam api sederhana kecil sebelum memasukkan bekas chawanmushi


In a meantime, potong crab stick dan masukkan ke dalam bekas chawanmushi


And now, tuangkan mixture  telur tadi di dalam bekas chawanmushi.. tapi inggat gunakan tea strainer semasa tuang adunan tadi.. kalau tak texture chawanmushi akan berketul-ketul. Tuangkan sama rata sehingga habis..

 
Next, boleh lah di sprinkle kan sedikit gula pada setiap chawanmushi


Masukkan bekas chawanmushi di dalam periuk dan jangan lupa untuk letakkan cooking chopstick di antara periuk dan penutup untuk beri laluan stim keluar sedikit.. Ini satu lagi teknik untuk mengelakkan permukaan chawanmushi berkawah-kawah.


Kukuskan selama 10 minit, kemudian buka penutup dan cucuk chawanmushi dengan mengunakan skewer, if warna air yang keluar dari celah2 ruangan yang dicucuk tadi berwarna clear/jernih maksudnya chawanmushi itu dah cukup masak and dah boleh matikan api.


Dah siap... boleh disediakan panas-panas... Senang je kan...

 
Si muka hitam pun... dah menunggu untuk merasa chawanmushi hasil anak dara kita..
 
 
Oh.. sebelum tu perlu diinggatkan.. Cik Jah jangan tambah garam lagi ya.. sebab granulated dashi dah agak masin and Usukuchi sauce pun dah masin.. so.. x perlu tambah apa2 lagi ya.. Usukuchi sauce yang kita guna.. brand ini.. Boleh jugak dijadikan dipping sauce untuk sashimi..
 
 


 Ok lah, see you next time with more great and simple recipe...