Kalu nak makan esok.. hari ini Cik Jah dah lumurkan kelapa parut dalam balang Siput tu.. kata Embah Idok SIPUT tu akan bertambah lemak rasanya...Resepi ni sangat lah mudah.. and ringkas.. lagi-lagi buat Cik Jah yang gemarkan makan masakan pedas... ni lah resepi yang sangat sesuai untuk Cik Jah...
Bahan-bahan seperti diatas:
1. 1 biji bawang merah (ditumbuk)
2. 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3. halia (ditumbuk)
4. 1 batang serai (1/2 ditumbuk) (1/2 dititik)
5. 1 biji buah keras (ditumbuk)
6. 1 sudu teh halba (ditumbuk)
7. 2 cili api (ditubuk)
8. 1 sudu makan cili mesen
9. kunyit hidup (kita x de stok.. so pakai serbuk kunyit je lah..)
10. asam keping
11. garam, gula serbuk perasa*(optional)
12. Santan pekat
Our star ingredient today.. Siput Belitong (dibasuh dengan kelapa parut, disiang and di rendam dalam air garam)
Opps.. sebelum kita terlupa udang kering (ditumbuk) ya Cik Jah...
Cara-caranya:
1.Panaskan minyak dengan api sederhana, masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi and serbuk kunyit. (kalau Cik Jah x de ibu kunyit ). kacau sehingga naik bau... kemudian masukkan serai yang dititik..
2. Next, masukkan sedikit air and masukkan siput bersama2 asam keping.. Pastikan air menutupi semua siput tadi.. Biarkan dia mereneh dalam 30 minit on medium heat.. Tujuanya.. supaya rempah masak sekata and meresap dalam siput..
3. Bila air dah agak surut, masukkan daun limau, garam, gula dan kacau merata..
4. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan ianya mereneh sebentar dan padamkan api..
Siap dah Siput Belitong rempah.. menu ni sesuai di matching kan dengan sambal terong, tahu and tempe goreng dengan pucuk ubi rebus.. erm.. kelas kau Cik Jah...