Saturday 24 May 2014

TINY GARDEN 4- BUNUH BENA PUTIH

Salam Cik Jah semua..hari ni kita nak share cara-cara nak repels si Bena Putih atau alphid.. aduhai.. sedihnya hati kita bila tengok pokok lemon balm kita diserang bena putih.. Sakit betul hati ni tau.. Cuba tengok.. naik kering daun2 pokok tu..

The best part is.. si bena putih ni pandai tau.. kita sembur racun pada bahagian daun.. dia hilang sekejap.. Tup-tup.. dia datang balik.. belek-belek daun lemon Balm.. x de pun tanda-tanda mahluk ni infested kat situ.. tahu-tahu dia dok menyorok kat Tanah.. adaoi ai.. degil betul makhluk perosak ni..

Bena putih ni memang degil and cukup cepat membiak.. dulu kita guna macam-macam cara untuk selamatkan pokok-pokok dari serangan makhluk perosak ni.. Mula-mula kita gunakan semburan organic & home remedies. Seriously x de apa-apa effect pada si Bena Putih.. diorang tetap cekal menghisap cairan dari pokok kita.

Next kita try spry pakai Fumakila water based.. ada dalam satu blog gardening ni.. ada member tu syorkan untuk try spraykan Fumakilla water based.. tapi yang ni pun x menjadi jugak.. and bila kita google sebabnya racun yang diterkandung dalam spry ni bukan salah satu chemical yang berkesan untuk membunuh bena putih ni..

Sekarang kita spray pakai KING KONG cockroach spray.. Alhamdulillah.. kesanya memang Nampak ketara.. pokok-pokok dapat diselamatkan dari serangan si Bena Putih.. sebabnya 2 bahan aktif dalam spry ini memang digunakan untuk mengawal mahluk perosak macam aphid and bena putih.

Ada beberapa jenis racun lain yang biasa digunaka pekebun buah dan sayur untuk membunuh bena putih ni antaranya bendiocarb, befinthrin, imidacloprid, kadethrin, metofluthrin, cyphenotrin and imiprotrin.
Cuma satu je.. kita nak ingatkan Cik Jah.. bila dah pakai racun perosak ni.. tanaman hanya boleh di consume after 10 days dari tarikh tanaman diracun. Sebabnya before that 10 days.. kesan toksik pada tanaman masih ada.. so x berapa baik untuk kesihatan.. So untuk pokok-pokok  hiasan x jadi masaalah cuma kalau sayur-sayuran kalau boleh elakkan daripada pakai racun ni ok.. And kalau Cik Jah rajin.. pegi lah ke mana-mana taman bunga macam taman botani ke.. cuba Cik Jah try tangkap 4 ke 5 ekor lady bug.. bawak balik ke rumah and letak pada pokok yang kena serangan aphid tu.. sure mati lesap aphid/bena putih ni kena makan dengan lady bug.. Sebabnya aphid /bena putih ni adalah makanan kegemaran Lady Bug tau..

Setakat ni spray King Kong ni dah pun menyelamatkan salah satu pokok kita.. Alhamdulillah pokok kita ni dah bebas dari serangan si Bena putih..
Ok lah di harap perkongsian kita hari ini dapat lah membantu Cik Jah.. Cik Jah.. yang dok kesedihan dek kerana pokok kesayangan diserang Bena Putih.. try lah.. insyaallah.. pokok.. pokok.. you alls dapat diselamatkan sebelum mnjadi arwah.. Sebelum tu.. jom brows.. beberapa pic terkini pokok-pokok kesayangan di Tiny Garden kita.. Till next time.. Happy gardening..

1) My precious baby spider.. that I just propagate 2 weeks ago..
 
2) My sweet money plant that I have propagate 4 weeks ago..
 
3) My scruffy grass head.. aren't they adorable..
 
4)Just started rooting this lemon grass I've purchase from fresh market.. will plant them soon..
 
5) Finally my corner edge garden.. looking forward to have more large lady palm..