Wednesday 24 January 2018

Blog bersawang

Hai lah cik jah dan mak jemah semua.. blog ni memang dh berhabuk dan bersawang. Lama betul kita meninggalkan aktiviti berblogging ni. Sepanjang kita berhenti ni banyak perubahan dlm hidup ni, termasuklah kami berhenti bekerja dan bukak perniagaan cafe secara kecil kecilan tapi nasib x menyebelahi kami business tu pun terpaksa ditutup setelah pelbagai usaha Cuba kami buat untuk memajukan business.


 Jgn terkejut even crew JJCM Jalan-jalan cari makan pun pernah datang ke cafe kami, tapi apa kan daya ekonomi merudum dan kami x mampu nk keep up dgn Kos yg melambung. Dan ditambah pulak dgn kita yg sarat mengandung akhirnya perniagaan tu terpsksa ditamatkan. Alhamdulillah walaupun sekarang hanya bergelar suri rumah dan pejaga kepada 3 org cahaya mata,kami tetap bersyukur sebab masih dapat hidup tenang dgn dikelilingi org tersayang. Kalau dulu duit memang melimpah ruah tapi hari2 kami anak beranak bergaduh ye lh stress gamaknya x tenang  hidup.

Dan untuk kali ini, disebabkan banyak masa terluang, kita nekad akan berblogging semula.. tapi this time cerita biasa2 aja.. about family kita yang serba sederhana. Insyallah kita try istiqomah dlm berblogging this time☺️😂. BTW since kita baru sahaja bersalin and masih dlm pantang maka content pertama adalah berkaitan kelahiran dan berpantang lah ya.. Insyallah content yg lain akan menyusul dlm posting berikutnya.

Oklh jemah2 sekalian.. stay tune for my next new posting insyallah..
xoxo💖💖


Blogger Tricks

Thursday 5 February 2015

INDOOR PLAYGROUND OH PLAYGROUND

Assalmuallaikum Cik JAHHHH.. lama x post kan.. ada lah kot dekat setahun.. Awww. sori nah.. kita sibuk x terkata.. Xmo.. citer panjang tu.. Cik Jah dah baca kan tajuk kat atas.. erm mana tak nya.. dok fenin kepala cari idea bawak anak2 jalan2 hujung minggu. Dulu x stress sanggat sebb si kakak tu x berapa kisah nak berjalan-jalan ni.. Tapi sejak my boy dh membesar ni.. sibuk dia mintak dukung ajak berjalan2... Kesian nyer pasal bawak lah jugak ke lokasi biasa di MID VELLAY. Cuma masaalahnya.. playground kat tingkat tiga sebelah celebrity fitness tu x berapa sesuai utk child under 4 years old... So tetiba teringat playground kat tepi Entrance Aeon Big tu... kira ok lah utk my boy and kakaknya main bersama...

Entrance fee consider murah.. x lah mahal mana untuk first 20 minutes PER entry cuma RM5.00 and additional RM1.00 for each subsequent 10 minutes.  Sambil-sambil kita beli barang kat dalam Aeon Big.. Cik Abg kita boleh lah tolong tengokkan anak2 kat playground ni..


My boy cukup suka duduk dalam ball pool ni.. tapi bila ada budak-budak lain terjun dalam pool tu dia pun mula lah kelam kabut minta ayah dia dokong dia semula... 

Anak dara kita suka sangat dapat melompat2 kat dalam balon castle tu.. Erm.. tapi pada perkiraan kita.. playground kat sini x lah sebesar mana.. mainan pun so.. so.. jer.. tapi ok lah untuk buat anak2 happy daripada boring mengikut mummy dia shopping kan.. baik dia duduk kat playground ni dengan ayah dia and main sampai lebam..
Tapi kita inggat nak bawak budak-budak ni pergi kidz paradise kat the mines.. bukan apa tapi kat sana ada sand box so boleh lah budak2 ni experience main pasir without ME having to worry about the hygiene issue. Sambil2 tu jom browse posing2 maut anak2 kita...





Till then.. wait for my next post...

Thursday 17 July 2014

TASKA & TADIKA TEMANKU MENARA PJD; Sama tapi tak serupa..

Assalammualaikum.. to all kakak-kakak and adik2.. Lama jugak kita menghilangkan. Maaf terlalu banyak urusan yang tak dapat di elakkan. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah baby malang yang di hantar di tempat yang sama dengan anak dara kita belajar. Ditaska & Tadika Temanku menara PJD. CIK JAH BOLEH BACA DI SINI . Bila baca kisah kakak tu and apa yang berlaku pada baby dia, kita turut rasa simpati and at the same time tertanya-tanya tentang kebenaran kisah yang di ceritakan. Bukan kita tak percaya dengan aduan yang ditulis tapi cuma rasa inggin tahu tu membuatkan kita investigate sendiri pada pekerja di situ.

Sedikit info berkenaan kejadian yang menimpa baby kakak ini ya.. baby kakak ni dikatakan dianiaya dan difhamkan pengasuh tersebut meletakkan mitten (sarung tangan baby) didalam pampers baby and di bahagian hadapan pampers tersebut tertulis perkataan AMMAR PIG (Ammar nama baby tu) Seriously bila baca and lihat gambar tu.. kita turut terasa sakit hati.. bayangkan jika baby Cik Jah yang diperkatakan sedemikian rupa.. (refer gambar di bawah)
 
Serta-merta kita rasa terpanggil untuk mendapatkan gambaran penuh tentang kisah yang menimpa baby Ammar. Kemarin sebelum ambil anak di Tadika..Kita bertanyakan kisah ini pada kakak di pejabat pengurusan (below perbualan kita dan kak ani)
 
 
Kita: Apa yang dah jadi sebenarnya pada baby tu? Kenapa sampai macam tu sekali?
Kak Ani: Sebenarnya Akak pun tak berapa pasti tentang perbuatan memasukkan sarung tanggan baby dan tulisan pada pampers baby tu. Sekarang ini pengetua kita En. Hussin sedang lakukan siasatan, mungkin dia akan periksa cctv. Kalau betul pekerja kita buat perangai macam tu.. kita memang tak akan teragak-agak untuk buangkan dia.

Kita: Tapikan kak.. Mak baby tu kata pihak taska tak bagi susu secukupnya dan panaskan susu tu sampai terlalu panas.. betul ke?
Kak Ani: Pasal baby tak di beri susu tu x betul dik.. Sepanjang baby tu ada disini selama 4 hari kita memang dah berusaha bagi susu pada dia.. Tapi baby agak susah untuk menerima.. Kadang-kadang sampai Cikgu-cikgu dari tadika tolong cuba susukan baby tu sebab kesian pada Cikgu Taska yang tak boleh pujuk baby tu untuk menyusu. Pasl susu terlalu panas.. akak dah tegur Cikgu taska tu.. tapi biasa lah dik.. manusia takkan terlepas buat silap.

Selepas itu perbualan kita dan Kak Ani berhenti sampai disitu sahaja sebab nya tiba-tiba telephone di office dia berbunyi. Kita pun beredar untuk menjemput anak dara kita dikelas.

Bila kita katakan SAMA TAPI TAK SERUPA sebabnya walaupun Taska & Tadika diuruskan orang yang sama tapi based on my own observation, Kanak-Kanak tadika dilayan dengan lebih baik compare to kanak-kanak di taska. Sebabnya mungkin kanak-kanak di tadika lebih mudah di kawal berbanding kanak-kanak bawah 4 tahun. Contohnya didalam satu kelas tadika ada 25 orang murid and dijaga oleh 3 orang cikgu.

Tetapi  seorang cikgu ditaska terpaksa kendalikan 8 orang kanak-kanak berumur 2 ke 3 tahun. Manakala seorang cikgu terpaksa melayan baby 3 ke 4 orang dalam satu masa. Bayangkan stress level yang terpaksa ditanggung. On top of that kanak-kanak bawah 3 tahun perlukan perhatian khusus. Seperti keselamatan and kebersihan sebabnya depa x pandai ke toilet sendiri. So tak hairanlah kalau ada parents yang jemput anak dengan pampers tak bertukar atau berak masih dipunggung sebabnya cikgu2 tak menang tangan nak layan.

Suasana di Menara PJD lebih sesuai dijadika tadika sahaja compare to taska. Sebabnya, centralized aircond yang sangat sejuk.. memang tak sesuai untuk babies. Setiap pagi babies and kanak-kanak taska akan dimandikan. Walaupun depa pakai air panas still x boleh lawan sejuk aircond tu.. Kesian tengok budak2 and babies2 menagis kesejukan.

SATU JE NASIHAT KITA TO ALL CIK JAH...Parents sebenarnya boleh nilai sendiri keadaan kawasan, persekitaran and keselamatan sebelum hantar anak ke sesebuah tempat jagaan. Taska & Tadika Temanku di Menara PJD lebih sesuai dijadikan tadika sepenuhnya. Even anak kita dah berumur 4 tahun lebih and belajar ditadika, kita tengok keadaan sekeliling and kita sit down dalam kelas belajar selama 2 hari sebelum decide hantar anak dara kita disana. Inikan pula babies.. parents KENA AMBIL KIRA 4 PERKARA NI SEBELUM HANTAR ANAK KE SESEBUAH PUSAT JAGAAN

1. Satu orang pengasuh hanya boleh kawal maximum 2 orang babies and 3 toddler (2 ke 6 tahun)
2. Kebersihan kawasan-periksa tempat tidur baby, TANDAS and tempat makan.
3. Keselamatan kawasan- pastikan tempat baby tidur, bermain atau berlegar tak ada pekakas elektrik mudah dicapai.. wayar-wayar  yang memungkinkan masaalah kemalangan lain.
4. Keselesaan- Pastikan tempat asuhan selesa.. x terlalu panas atau sejuk.. sentiasa kemas dan teratur.. Jumlah kanak-kanak didalam sesebuah tempat pun tidak boleh terlalu ramai.

PALING PENTING.. selepas hantar anak ketempat tersebut.. rajin2 buat sport check ya.. Anak you alls so itu tanggungjawab you alls juga.. Jangan anggap bila anak dah diletakkan di pusat jagaan.. you alls assume semuanya akan selamat.. SIKAP macam ni lah yang memungkinkan berlaku perkara yang tak diinggini.. SO kena lebih berhati-hati..

Pokok pangkalnya.. IBU BAPA kena lebih perihatin.. tanggugjawab membesarkan anak-anak memang rumit tambahan pulak bagi parents yang bekerja.. pilih lah tempat jagaan yang betul.. x semestinya tempat yang tak ada sijil  JKM x bagus.. apa yang penting.. keselamatan & kebajikan anak2 yang perlu diutamakan.


Friday 27 June 2014

LAKSA POWER VS LAKSA MAMI JARUM

Assalammualaikum cik jah semua.. seperti yang kita janjikan hari tu.. kita nak citer sikit tentang laksa di Langkawi. Biasanya bila sebut laksa, sure u alls akan teringat kat Penang..ye lah laksa kan makanan kebanggaan org Pulau Pinang. Tapikan lately Laksa semakin terkenal di Pulau Langkawi juga. Apa yang nak di herankan.. Langkawi kan kat area utara.. so makanan pun x bnyak beza.. Pada mulanya.. kami bercadang nak makan di Laksa Pulau.. sebab ramai yang kata Laksa kat situ boleh tahan sedapnya and murah.. Tapi nasib tak menyebelahi kami.. warung tu x dibuka pada petang tu.. So Kami pun try lah ke warung Laksa Power..
 
Direction to Laksa Power:
 
If Cik Jah From Kuah:-
1. Ambil Jalan menghala ke Padang Matsirat Airport Langkawi.
2. Bila dah jumpa Airport (disebelah kiri) terus lagi.. sehingga Cik Jah Jumpa T junction
3. Next, turn left.. menghala ke Laman Padi n Pantai Chenang..
4. Sekarang.. Cik Jah berada di Jalan Kuala Muda.. Airport..
5. Drive for another 700 meter.. Cik Jah akan Nampak Van/Warung Laksa Power (van dia paling depan sekali)
 
If Cik Jah From Pantai Chenang:
1. Ambil Jalan Menghala ke Padang Matsirat Airport Langkawi.
2. First Cik Jah akan melalui Jalan Laman Padi.. Cik Jah Terus Lagi..
3. Next Cik Jah akan Nampak Go Kart track kat sebelah kiri.. just jalan terus lagi..
4. Now Cik Jah dah masuk Jalan Kuala Muda, Airport..Cik Jah akan drive dibelakang landasan pelepasan..
5. Bila Nampak warung/van penjaja.. Cik Jah.. Drive terus je and look for the last Van.
 

Ok.. nak review sikit ni.. Laksa power memang terkenal amongst Tourist yang datang ke Langkawi ni.. masing-masing sibuk nak try Laksa Power.. ye lah... nama pun gempak kan.. so sure ramai yang teringgin nak merasa.. Location dia memang strategic.. Parking pun senang.. and yang bestnya dapat makan bawah pokok and tepi pantai..
 
 
Tapi tu lah.. malangnya Laksa yang kami order tu tidak lah SE-GAH namanya.. bak kata orang Penang Kuah CHAYAK.. Serious kita x tipu.. Cik Jah pun boleh nilai sendiri bila tengok gambar ni..
Another food yang kami order pada petang tu.. Rojak Buah.. entah lah.. kita pun x tahu nak cakap apa.. bukan lah kita ni cerewet sangat bab makan tapi.. rasa kuah dia.. macam something wrong.. mungkin kuah lama.. so Cik Abg kita pesan supaya kita x teruskan makan.. takut sakit perut pulak..
Agak kecewa.. dengan kedua2 food yang di order.. kita pun try lah order.. Char Kway Teow Udang.. ye lah mana lah tahu.. kot2 yang ni sedap... Tapi.. mungkin ditakdirkan nasib kami agak malang petang ni.. Kway Teow udang dia pun.. langsung x sedap..
Agak kesal sikit... cause semua makan yang ada di sini cukup menghampakan.. apatah lagi memang intention  kami datang kat sini.. sebab nak pekena Laksa.. tapi.. kami x expect sampai semua sekali food yang ada kat sini.. termasuk lah so call LAKSA POWER tu x sedap..
Bila sebut pasal Laksa.. terus terkenang-kenang pada LAKSA MAMI JARUM depan Kompleks Haji Ismail (yang baru).. Kuah Laksanya pekat...
 
Harga baru Myr3.50.. tapi memang sedap terangkat.. Kalau Cik Jah pegi bershopping kat sana.. jangan lupa try Laksa kat situ.. memang x mengecewakan.. Kakak yang berniaga tu pun ramah orangnya... and BTW depa ada jual.. nasi lemak MYR1.00 sebungkus.. Harga murah makanan pun sedap.
Tapi bagus jugak pengalaman kita ni.. at least Cik Jah2 yang bercadang nak datang ke mari.. boleh lah plan nak makan kat mana.. Apa pun.. layan je gambar yang sempat kita snap sepanjang berada di Warung Laksa Power ni..
 
Kucing Hansem.. peneman kita.. sedap betul dia tidur.. terkena angin laut sepoi-sepoi bahasa..
Syok Kuching Hansem kena urut dengan Anak Dara kita..
 

Saturday 21 June 2014

AYAM GOLEK MADU JALAN KUALA MUDA AIRPORT LANGKAWI

Hai.. Cik Jah.. panjang berjela.. tajuk post kita ri ni yer... erm.. hari ni.. kita nak share pasal ayam golek madu super sedap kat Langkawi ni.. Location warung ni senang je.. betul2 belakang landasan flight to take off.. Cik Jah boleh follow instruction kat bawah ni..

DIRECTION TO AYAM GOLEK MADU JALAN KUALA MUDA..
1. Cik Jah drive along Jalan Padang Matsirat menghala ke Langkawi International Airport ..
2. Bila nampak Langkawi Airport sebelah kiri.. Cik Jah jalan terus je until terjumpa dengan simpang tiga.
3. Ambil simpang sebelah kiri, menghala ke arah Pantai Cenang..
4. About 700 meter Cik Jah akan terjumpa warung LAKSA POWER (x power langsung... kuah caiyak..x sodap langsung..)
5. Drive for another 100 meter Cik Jah akan terjumpa dengan warung ni
Kat warung ni.. specialty dia.. of course lah.. Ayam Golek kan.. Harga seekor ayam golek MYR25.00 (standard cam kat KL jugak) satu kepak ayam depa charge MYR2.50. And yang bestnya depa panggang betul2 pakai arang.. so dari segi rasa memang class lahkan...

Cik Jah boleh pilih nak makan macam tu jer atau tambah nasi and sup ayam.. Price untuk tambah sepinggan nasi cuma MYR2.50 JE..
As usual.. bab pilih- memilih makanan.. kita serahkan pada MIL kita.. dia ni.. memang pandai dalam membuat pilihan.. kita and Cik Abg ikut kan aja.. after all niat ke Langkawi ni pun sebab lebih pada nak bawa dia makan angin.. so biarlah MIL kita yang buat semua keputusan..
Tempat makan dia memang best.. table bawah pokok.. tepi pantai.. syok abis lahkan... breakfast dah duduk tepi sawah.. Lunch pulak tepi pantai.. memang TERBAIK...
 
Bila makan kat tempat redup macam ni.. x de lah kita risau nak bawak anak2 kecik.. depa boleh tengok pemandangan laut sambil duduk di tempat redup..
 
 
 

Kat sini ada disediakan macam2 menu makanan yang lain.. Untuk lunch hari ini MIL kita order, laksa, bihun sup, ayam madu golek 1/2, nasi ayam + sup 2 pinggan, 6 pcs kepak ayam and air untuk 4 orang.. total semua sekali baru MYR35.00. Memang puas hati.. MIL kita pun kata.. laksa dia terbaik.. and kuahnya pekat.. Cik Abg kita pun puji bihun sup dia.. kuah.. dia kaw.. terasa air rebusan tulang tu..
And kalau anak2 Cik Jah nak mandi pantai disini pun ok jugak.. sebab pantai yang menghadap warung ni.. pasirnya bersih.. and landai.. ombaknya x kuat.. sesuai.. untuk budak2 mandi manda.. macam di Pantai Chenang, ombaknya agak deras so untuk Toddler .. parents..kena hati2 sikit..
Apa pun below.. adalah beberapa gambar yang sempat kita snap sepanjang berada di sini...
 
 
 
 
Ok.. lah.. on my next entry.. kita akan share pasal Laksa di langkawi.. LAKSA POWER VS LAKSA MAMI JARUM LANGKAWI



Thursday 19 June 2014

NASI DAGANG PAK MALAU KG BUKIT TEMIN LANGKAWI

Assalammualaikum Cik Jah.. ari ni kita nak citer pasal satu tempat makan best untuk breakfast di Pulau Langkawi. Kalau Cik Jah pengemar Nasi Dagang maka kat sini lah tempat yang paling tepat untuk Cik Jah try. Location restoran ni terletak berhadapan dengan masjid Kampung Bukit Temin.

Kita memang pengemar Nasi Dagang and plus kita travel dengan MIL so nama pun org Terengganu.. dapat pekena Nasi Dagang di pagi hari.. memang BEST lah kan... apa lagi.. di Langkawi.. Ok below.. is a simple direction to the restaurant.

DIRECTION TO RESTORAN NASI DAGANG PAK MALAU :
1. Ambil jalan menghala Padang Matsirat,(Kalau Cik Jah dari arah Pekan Kuah) @ Ambil jalan menghala Pekan Kuah (Kalau Cik Jah dari arah Padang Matsirat atau Pantai Chenang)
2. Kemudian look for signboard menghala ke Makam Mahsuri
3. Next Cik Jah akan Nampak kedai GAMAT GEMILANG ENTERPRISE (kalau nak beli barang berasaskan gamat beli di sini.. harganya lebih murah berbanding di GAMAT NUSANTARA)

4. Cik Jah masuk simpang tu.. about 300 meter Cik Jah akan nampak Masjid Bukit Temin di sebelah kanan and restoran ni mengadap masjid tu.. di sebelah kiri jalan..which is tepi sawah.
Kalau Cik Jah nak tahu.. restoran ini pun salah satu yang kita listkan sebagai a must place to visit di Langkawi.. memang trip kali ini.. more to foodie adventure.. compare to leisure.. sebab maklumlah.. kite ni suka makan.. Restoran ni memang humble and makanan yang depa serve pun hanyalah Nasi Dagang.. Sambil-sambil kami lepak tunggu makanan dihidangkan.. kita berbual dengan MIL... tiba2 wife owner restoran ni.. perasan yang kami dari Terengganu.. (sebab cakap.. dengan slang Gannu) wife A.K.A chef restoran ni pun Tanya kami asal Terengganu mana... then my MIL yang jawab.. SETIU..

Erm.. then bermula lah episode perbualan panjang.. sedar x sedar... MIL kita ni.. saling kenal dengan wife owner restoran ni.. MIL kita.. sambil Makan... sambil berbual... kita and Cik Abg dengar je lah...
Cik Abg kita bila dah selesai makan.. dia dok ajak Owner kedai berbual pulak...Owner restoran ni LAIN PULA KISAHNYA.. Pak Cik ni memang peramah org nya.. berasal dari Kampung Pandan... (Org KL...) tapi ye lah... bila dah pencen2 ni... dok lepak niaga kat Langkawi.. je... Dia dok kata.. kat KL.. atap rumah kita.. lantai rumah orang.. lantai rumah kita atap rumah orang.. so bila tinggal kat Langkawi ni baru lah merasa.. berumah atas Tanah... (Lawak lah pak Cik Ni.. tapi bila pikirkan balik.. betul jugak.. nama pun rumah Apartment...)
Nasi Dagang dia memang sedap.. maklum lah org jati Terengganu yang masak.. confirm la sedapkan.. Cost Nasi Dagang dengan gulai Ikan Tongkol cuma MYR6.00 je.. kalau Cik Jah nak add Gulai Daging dia.. Pak Cik ni kira MYR3.00 utk sekeping daging (potongan daging tu besar.. ok)
So.. total cost breakfast untuk 3 set nasi dagang.. 2 keping gulai daging and air.. baru MYR32.00.. memang berbaloi...
Apatah lagi bila makan di tepi sawah.. memang Classic...


Apa pun.. ni ada beberapa gembar yang sempat kita snap sepanjang berada di Restoran ni..
 
 
 
Pak Cik ni.. suka membela.. animal lover jugak.. ada bela 2 ekor monyet.. seekor ayam api.. and 2 ekor ikan puyu..
 

 
 
Motor yang baru Pak Cik ni angkat.. smartkan mata bulat.. ni.. classic gila..
Ok.. lah.. for my next entry kita akan share dengan Cik Jah.. AYAM GOLEK MADU JALAN KUALA MUDA AIRPORT LANGKAWI.

Tuesday 17 June 2014

RESTORAN NELAYAN BUKIT MALUT LANGKAWI

Hai.. Cik Jah.. as promised.. kita nak review pasal this so called famous Restaurant di Langkawi.. Seriously.. Kalau Cik Jah google kat internet banyak blogger2 review pasal restoran.. ni.. tapi... AWAS!!! Jangan tertipu dengan cerita depa.. Kita nak bagi gambaran sebenar restoran yang konon dikatakan SEDAP dan BEST ni.. Ok lah.. as blogger tegar.. independent.. kita bagi personal review ok.. so kalau Cik Jah x bersetuju dengan apa yang bakal kita tulis.. itu terserah pada Cik Jah sebab ini BLOG kita so.. apa yang ditulis disini.. x de kena mengena dengan influent kat LUAR SANA OK...

RESTORAN NELAYAN a.k.a RESTORAN MEDAN NELAYAN.. location dia di Bukit Malut..
IF CIK JAH DARI PEKAN KUAH:
Cik Jah ambil jalan menghala ke Padang Matsirat.. nanti Cik Jah akan Nampak hospital Langkawi di sebelah kanan jalan and ambil simpang traffic light menghala ke kiri..to Bukit Malut..
IF CIK JAH DARI PADANG MAT SIRAT ATAU PANTAI CENANG:
Cik Jah ambil jalan menghala ke pekan kuah.. jalan terus je.. sampai Nampak sign board PANGKALAN TUDM and BUKIT MALUT TEMAYONG disebelah kiri. Ambil simpang traffic light menghala ke kanan... to bukit Malut..

Now bila Cik Jah dah masuk simpang jalan terus about 400 meter sekali lagi Cik Jah akan ternampak sign board Bukit Malut kat belakang signboard tu ada.. satu signboard kecik and susur kecil ke restoran ni..

Ok.. restoran ni.. ada dalam list yang kita create as one of the restoran yang diwajib singgah kalau datang ke Langkawi.. Kita percaya bulat2 pada review.. Blogger2 kat internet yang dok canang kata restoran ni sedap.. (contohnya kucingtanah.blogspot simplelifeasme.blogspot and banyak lagi lah) TAPI TERNYATA SEMUANYA PALSU BELAKA.. INDAH KABAR DARI RUPA.. Location restoran ni.. dekat penambang nelayan.. (tempat nelayan bawak naik hasil tangkapan) tapi.. bila tiba Malam hari.. adoi ai... NYAMUK BANYAK GILA!!!!! So kalau Cik Jah nak datang ke sini bawak Ridsect ke .. atau Baygone ke... banyak2 ok... Makanan pulak.. IKAN BAKAR DIA.. KOSONG... CUMA LUMUR KUNYIT JER... SEBIJIK MACAM MENU KITA DALAM PANTANG... IKAN PARI DIA HANCING... LALA MASAK SERAI TAWAR... KANGKUNG BELACAN(sayur favorite PAK NAJIB) TAWAK HABIAK... ADOI.. FAIL.. FAILLL...
Malu deh... kite dok rakemen tempat makan ni kat MAMA and ABAH kita.. tahu2 x sodap!!! ni semua TERTIPU DEK BLOGGER2 yang dok canag tempat ni best lah.. DAH TU MAHAL NAK MAMPOS!!! KITORANG MAKAN HARI TU DEKAT 300MYR... OK.. DAH LAH MAKANAN LAMBAT SAMPAI... MALU SIOT...

Tapi apa pun.. at least kitorang dapat berkumpul sama2... and jarang2 sekali dapat makan ramai2 macam ni.. WALAUPUN x sodap... apa pun sempat lah kita snap beberapa gambar sepanjang family dinner session ni...



Owh.. sebelum tu... kita nak ingatkan.. restoran ni dibuka setiap hari dari pukul 5.00pm sampai 11.00pm tapi kalu Cik Jah nak datang sini.. better book pada pukul 5.00pm and siap2 order apa yang Cik Jah nak and bayar deposit RM50.00.. Kalau x alamatnya sejam lebih lah Cik Jah akan tunggu untuk dapatkan makanan time dinner nanti..

Ok lah.. on my next entry kita akan ceritakan tempat makan best tepi sawah.. NASI DAGANG PAK MALAU KG BUKIT TEMIN LANGKAWI